Kemudahan JY Homestay

JY Homestay menyediakan sebuah tempat penginapan persendirian di kawasan peranginan Teluk Batik untuk keluarga Muslim. Homestay ini dikelilingi alam hijau, berada berhampiran laut dan berada dalam kejiranan Muslim.  



Penginapan ini sesuai untuk 2 buah keluarga seramai 6-12 orang. 

JY Homestay menyediakan kemudahan seperti berikut : 

3 bilik tidur
2 katil king dan 1 katil single.
Setiap bilik dilengkapi pendingin hawa.
Bantal dan selimut disediakan.
1 sejadah
1 meja kecil
1 ampaian kain.



Ruang tamu yang luas
6 kerusi , 2 meja kopi , televisyen dan Njoi.
Cermin berhias yang besar.


Ruang dapur dan singki.
Periuk nasi dan cerek elektrik.
Peti sejuk.
Pinggan mangkuk.
Tong sampah.



Pondok santai di luar rumah.
Sesuai untuk berbual dan b-b-que.
1 paip air  di luar rumah di sediakan.



2 bilik air.
1 tandas duduk, 1 tandas cangkung, shower dan singki.

Tempat wuduk
Tempat wuduk berada diluar daripada bilik air.

Kawasan parkir kereta.
Kemudahan parkir untuk 3 kereta disediakan.



Kemudahan lain.
Seterika elektrik
Iron board
Set B-b-que




Lokasi JY Homestay

JY Homestay berada di kawasan yang strategik. Homestay kami berada di kawasan perkampungan Muslim yang tersorok dari pandangan umum.  Dikelilingi tumbuh-tumbuhan semulajadi yang menghijau. 


Klik peta jika anda tidak percaya.


Homestay ini berada di hadapan perumahan Taman Seri Batik dan berada 2 kilometer dari pantai perkelahan Teluk Batik. Dikelilingi oleh hotel-hotel mewah yang sering dikunjungi pelancong.

Berdekatan dengan jeti untuk ke Pulau Pangkor yang berada di Marina Island. Anda boleh melihat Pulau Pangkor dari JY Homestay


Homestay ini berada 2 kilometer dari pintu masuk ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Di sekitar kawasan ini terdapat banyak restoran makanan laut milik peniaga Muslim.

Untuk membeli hasil laut anda boleh ke pekan Lumut yang berada 9 kilometer dari tempat penginapan kami.



Terdapat banyak pasar raya besar seperti Tesco, Giant, AEON, Econsave dan Billion berhampiran kawasan ini. Jarak perjalanan antara 15 - 20 minit.

Bagi penggemar makanan segera terdapat restoran makanan segera seperti KFC, Pizza HUT dan Mc Donald  di pasar raya tersebut.

Penginapan kami berada 30 minit perjalanan dari UniKL MIMET dan 60 minit perjalanan ke UiTM Seri Iskandar.



Terma & Syarat JY Homestay

Kami hanya menerima tetamu yang beragama Islam dan sudah berkeluarga.

Para tetamu  bertanggungjawab menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang musibah yang menimpa tetamu semasa berada di dalam homestay atau di luar homestay.

Para tetamu bertanggungjawab menjaga keselamatan barangan yang digunakan di homestay.

Pastikan semua suis elektrik dan peralatan elektrik ditutup atau dimatikan apabila hendak keluar dari homestay.

Para tetamu dan kanak-kanak dilarang menghampiri tangki kumbahan dan kawasan tali air berhampiran homestay.

Masa check in pada jam 2 petang (14.00) dan masa check out jam 12 tengah hari (12.00)