Terma & Syarat JY Homestay
Kami hanya menerima tetamu yang beragama Islam dan sudah berkeluarga.Para tetamu bertanggungjawab menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang musibah yang menimpa tetamu semasa berada di dalam homestay atau di luar homestay.
Para tetamu bertanggungjawab menjaga keselamatan barangan yang digunakan di homestay.
Pastikan semua suis elektrik dan peralatan elektrik ditutup atau dimatikan apabila hendak keluar dari homestay.
Para tetamu dan kanak-kanak dilarang menghampiri tangki kumbahan dan kawasan tali air berhampiran homestay.
Masa check in pada jam 2 petang (14.00) dan masa check out jam 12 tengah hari (12.00)